Vietnam Utara
Vietnam Utara

Vietnam Utara

Republik Demokratik Vietnam (RDV), Bahasa Vietnam: Việt Nam Dân Chủ Cộng Hòa), biasanya dikenali sebagai Vietnam Utara adalah sebuah negara yang diasaskan oleh Ho Chi Minh dan diiktiraf oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet pada tahun 1950. Selepas kekalahan Perancis dalam pertempuran Dien Bien Phu pada 1954, Perancis secara rasmi mengiktiraf kedaulatan negara dan negara terbahagi dua; Vietnam Selatan yang lain.Selepas penyelesaian itu, ramai penduduk di Utara melarikan diri ke Selatan, kebanyakan mereka penganut Katolik yang mendakwa bahawa kerajaan Utara mempunyai dasar yang tidak adil terhadap mereka.Ibu negara Vietnam Utara berada di Hanoi dan ditadbir oleh sebuah kerajaan komunis yang mendapat sokongan dari Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China. Kedua-dua negara ini membantu Vietnam Utara semasa Perang Vietnam melawan Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan.Selepas kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan pada 30 April 1975, kedua-dua negara tersebut bersatu pada 2 Julai 1976 ke dalam sebuah negara yang dipanggil Republik Sosialis Vietnam atau dikenali sebagai Vietnam.

Vietnam Utara

1960 157,880 km2 (60,960 bt2)
1974 157,880 km2 (60,960 bt2)
Ibu kota Hanoi
Pemerintahan Negara komunis parti tunggal
Agama Tiada (negeri ateisme)
• Utara dan Vietnam Selatan digabungkan Utara dan Vietnam Selatan digabungkan
•  PAVN memasuki Saigon April 30, 1975
Bahasa lazim Vietnam (rasmi)
Era sejarah Perang Dingin · Perang Vietnam
• 1969–1976 Ton Duc Thang
• 1945–1969 Hồ Chí Minh
Presiden  
•  Kemerdekaan diisytiharkan Kemerdekaan diisytiharkan September 2 1945
Mata wang Dong
Setiausaha Pertama  
• Viet Minh memasuki Hanoi 10 Oktober 1954
• 1974 23767300
• 1960 15916955
• 1960–1986 Lê Duẩn

Berkaitan